Wednesday, February 29, 2012

Himpunan Masalah Wuduk

Hari ni dapat ilmu baru.... Alhamdulillah....

Secara tak sengaja..... tapi... semuanya adalah asbab semata...

Allah maha menghendaki...

Maka tiada halangan untuk Allah mengurniakan secebis dari IlmuNYA yang maha luas kepada hambanya ini...

Maklumat 1

"Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan telapak tangan atau ataupun anggota lain. Dalam mazhab Syafi’i, adalah batal apabila bersentuhan mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk."

Maklumat 2

Apakah pendapat mazhab lain berkenaan dengan bersentuhan kulit antara suami dan isteri?

Perbincangan yang panjang boleh didapati melalui link rujukan dibawah.
Berdasarkan perbincangan tersebut, beberapa soalan telah dikemukakan kepada seorang panel al-ahkam.net dan berikut adalah isi kandungan soalan dan jawapan tersebut:

Q: Assalamualaikum wbt,
Saya telah banyak membuat carian di al-ahkam.net dan web yang lain berkenaan dengan "Status wuduk suami & isteri yang bersentuhan". Jawapan yang saya perolehi dari link (http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=94&t=33588) telah banyak membantu saya dalam memahami isu berkenaan. Walaubagaimanapun terdapat 2 soalan yang perlu saya kemukakan sebelum saya berani beramal dengan apa yang telah saya fahami. Malangnya pendaftaran baru bagi forum al-ahkam.net telah ditutup buat masa ini.
1) "TALFIQ yg dilarang ialah: menggabungkan 2 pendapat itu dalam SATU MASALAH yg ada dua cabang yang berkaitan."
-- Berdasarkan penyataan ini, kefahaman saya ialah: saya perlu mengikut mazhab hanafi berkenaan dengan perkara yang membatalkan wuduk sekiranya saya ingin menggunakan pendapat bahawa sentuhan antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wuduk. Mohon penjelasan dr ustaz.
2) Macam mana baru dikira seseorang itu telah melakukan "mencari-cari perkara yang mudah dalam ibadah" yang dilarang tersebut.
Jazakallah...
A: Wa’alaikumussalam
Saya akan cuba menjawab dengan kadar ringkas. Sebenarnya, saya jarang menjawab soalan fiqh di FB.  
Mengenai pendaftaran al-ahkam, InSyaAllah dalam beberapa bulan Ustaz Zainys merancang untuk membuka ruang soal-jawab kembali setelah melakukan upgrade kepada laman tersebut. 
Ulama’ berbeza pandangan mengenai hukum talfiq ini. Pandangan terkuat membenarkan talfiq dilakukan diantara sebabnya adalah :-
1. Keadaan dalurat. Contohnya apabila seseorang melakukan Tawaf, tidak mungkin sampai bila-bila dia dapat mengelak dirinya dari menyentuh wanita.
2. Melakukan Talfiq dengan niat “kerana kita tidak mampu atau kelemahan kita” dan bukan merendahkan dalil sesuatu mazhab yang muktabar.  
Soalan 1 – Benar, apabila kita mengambil pandangan Imam yang mengatakan tidak batal wudhu’ jika tersentuh wanita ajnabi, maka hendaklah juga kita mempelajari cara bagaimana mengambil wudhu’ menurut pandangan Imam tersebut. Perkara ini adalah penting bagi menjaga keuntuhan fiqh Islam. 
Soalan 2 – Makna mencari perkara yang mudah-mudah didalam ibadat ini bermaksud mengambil semua pendapat-pendapat yang mudah didalam beberapa Mazhab Fiqh (a) yang saling bertentangan dan (b) mengambil pendapat ini kerana kepentingan nafsu. Contohnya, bernikah TANPA wali (kerana mengambil pendapat Mazhab Hanafi), juga TANPA saksi (kerana mengambil pendapat Mazhab Maliki) ,TANPA maskahwin (kerana mengikut Mazhab Hanafi) dan bernikah dengan anak zina hasil penzinaannya (kerana mengikut Mazhab Syafie) . 
Talfiq ini adalah dilarang kerana :-
a. Menghimpunkan semua pendapat yang mudah dari pelbagai Mazhab untuk kepentingan hawa nafsu.
b. Mengumpul pelbagai pendapat yang bercanggah didalam satu permasalahan 
Secara penuh berhemah, hendaklah seseorang yang melakukan Talfiq melakukannya kerana kelemahan diri masing-masing dan tidak bertujuan membelakangkan pandangan Imam-Iman Mazhab yang muktabar. Berlainan dengan mereka yang sudah mempunyai kekuatan untuk memilih pendapat yang pada pemahamannya dalil sesuatu pandangan itu dianggap lebih kuat dari yang lain, iaitu kaedah yang dinamakan Tarjih, yang hanya dilakukan oleh mereka-mereka yang alim ilmunya, seperti mufti atau Majlis Mufti / Majlis Fatwa. WA




Bacaan & rujukan lanjut:
1) Mengikut hukum bukan dari mazhab shafie
2) Status wuduk apabila sentuh isteri
3) Bahaya anti mazhab
4) Fatwa Dr Yusuf Qardawi - Bertaklid kepada Mazhab

No comments: